10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan
kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~
ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara,anak dan sebagainya...
Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita:
1. Hadiah Mendengar:
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu
hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan.
Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan
jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih:
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan
ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini
tunjukkan kasih dan
sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota:
Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu
yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota
ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa:
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar
kartun atau artikel. Mesejnya ialah,
“Saya suka ketawa bersama awak.”
5. Hadiah Puji-Pujian:
Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak”
atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi
kepada orang yang mungkin merasa dia
6. Hadiah Bantuan:
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian:
Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat
itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan:
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria
apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah:
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.
Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa:
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi
dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
mood:
Wednesday, April 22, 2009
Senarai Hadiah yang kita TERLUPA beri pada KEKASIH..!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
oh,sy xprnah bg hadiah objek pd si partner sy tuh..tp hadiah ketawa mendengar keceriaan doa sume tuh penah bagi n rasenye selalu kot :DD
ReplyDeletemilimilo: bagus2..amalkan selalu yer dik... :)
ReplyDeleteye ke,hehhehee
ReplyDeletesalam cikgu..
ReplyDeletesy ajar b.arab..hehehe..tp takde la terer mana pun..boleh jer nk tukar soalan exam..sy pun ada skit rasa malas nk menaip..hahaha
:: Alif :: Dal :: Mim :: ooo...bahasa arab erk...ala beza la kite...sy ajar science...ooo...same case la kite nie...mls nk gubal soalan exam..hihihi :)
ReplyDeletesesekali bagi la hadiah kereta..
ReplyDeleteHadiah riadah ek..sy dh minat bowling sebab bf sy..hoho..bowling itu besh rupanya tp ktrg salu bersaing..walaupun sy salu kalah *sigh*
ReplyDeleteanyway, info yg menarik,leh dipraktikkn =)
heyrizal: wa...itu lagi bagus....sy sukeee...... hihihi..
ReplyDeleteFiza: same la kite...kami pn sk main bowling gak....tp sy slalu JUARA msk LOngkang...kah3....
ReplyDeletetp 'DIA' sangat minta main badminton..yg tue mokcik x larat....klu main ngan dia sure 5 min mokcik dah rehat...somputtt denn...!! hehehe
angah mmg...cepat somput..oleh itu harus ko berdiet dari sekarang!! hahahha
ReplyDeleteMunirah Abd: suh.....diam2 sudah la...hihihi.... :)
ReplyDelete