You're Myra's Visitor..

Let's Follow Me

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Mengapa si Dia menJadi pilihan hatiku..??

semasa melakukan aktivi menterjah blog..sy terpanggil untuk mengKLIK blog seorg hamba Allah ini..beliau telah membuat contest menngenai "Mengapa Si Dia menjadi pilihan hati" ..
hurmmm dah lama x masuk contest nie..klu ade rezeki x kemane.. insya'Allah..~
so klu uols nk join tht contest sila lah KLIK this link..http://layanlynn.blogspot.com~

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hurmmm x tau nk mula kan mcm mane...tp apa yg pasti cerita ini bkn dongeng semata2 ini adalah cerita aku dan dia..dan mengapa dia masih lagi bertahta dihati ini dan dia juga pilihan hati ku..~ buat teman blog dan juga fb.. sy dan 'DIA' sudah lama bercinta..tahun nie genap lah 7 tahun percintaan aku dgn 'DIA' semuanya telah tercatat olehNya. kami masih belum berkahwin.. pelbagai ujian kami hadapi, dan Alhamdulilah kami tabah menghadapi.bagi aku Satu penantian akan merubah segala-galanya..

untuk habibi ku Mohd Mazury, kamu adalah pilihan hati sy... cinta kamu ikhlas klu tdk masakan kita blh
bertahan sehingga hari ini.. dan tanpa kamu sy tidak tahu apa akan jadi pada sy....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



tanpa 'DIA', ape yang akan berlaku pd aku?

Setiap pg 'DIA' akn sms aku menayakn kabar ku.
tanpa 'DIA' : tiadalah pertanyaan menayakn kabarku.

Setiap kali sms dgn 'DIA','DIA' akan mengakhiri dgn pkataan MUAH.
tanpa 'DIA' : tiadalah perkataan MUAH yang akan menemani hari2 ku lagi.

Setiap kali sebelum mimpi membuai tidur ku,'DIA' pasti mengucapkan 'Gud Nite' pd ku.
tanpa 'DIA' : tiadalah ucapan 'Gud Nite' utk membuai tidurku.

Setiap hari Jumaat & Sabtu, 'DIA' dan aku akan keluar bersama.
tanpa 'DIA' : tiadalah 'DIA' menemani aku keluar lg.

Setiap kali aku ingin kemana2, 'DIA' pasti akn menemani aku.
tanpa 'DIA' : aku pasti jalan keseorangan tanpa gelak tawa dia.

Setiap kali aku memarahi 'DIA', 'DIA' pasti bersabar dengan perangai ku.
tanpa 'DIA' : tiadalah 'DIA' mendengar bebelan ku.

Setiap kali aku mengalami masalah, pasti 'DIA' akan menemani aku dgn 'nasihat'.
tanpa 'DIA' : tiadalah nasihat yang akn aku terima.

Setiap kali pening ku mguasai pale ku ini, tntu dia akan memaksa ku mkn ubt n rehat n mkn.
tanpa 'DIA' : tiadalah orang yang akan menjaga diri ku lagi.

Setiap kali aku ingin membeli barang peribadiku n mkn, tntu 'DIA' yang akan belanja aku.
tanpa 'DIA' : tiadalah insan yang akan belanja aku.

Setiap kali aku alpa tentang makan dan kesihataan aku, 'DIA' yang mengingatkan aku.
tanpa 'DIA' : Siapa yang akan mengingatkn aku untuk makan dan kesihataan aku?

Setiap kali aku menangis rindukan 'DIA', pasti dia akan menenangkan aku.
tanpa 'DIA' : siapa yang akn tenangkn aku bile dia tidak lagi rindukan aku?

Setiap kali aku mengatakan ku mencintai 'DIA', pasti dia akan mengata yg 'DIA' juga mencintaiku.
tanpa 'DIA' : siapa yang akn memujukku bila 'DIA' tidak lagi mencintai aku?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


untuk 'DIA' :
awk terlalu sbr dgn perangai sy yg 'gile' nie.
awk terlalu jg perasaan sy.
awk terlalu jg kesihatan sy.
awk terlalu sedih bila sy didlm kesedihan
awk terlalu inginkn sy gembira.
awk terlalu baik dengan sy.

Kenapa....????

tapi...........
sy tau sy mgkin bkn yg terbaik utk awk.
tp sy sgt bersyukur kerna berpeluang memiliki cinta awk.
nk diIkutkan banyak awk korbankn utk sy...
tiada kata2 yg dapat sy katakn..
tp sy hanya tau mengenai ini;

Pertama: sy mencintai awk..
Kedua: sy mencintai awk..
ketiga: sy mencintai awk..hingga nafas sy yg terAkhir diDunia ini.

dan sy x biasa hidup :
tanpa cinta awk,
tanpa sayg awk,
tanpa rindu awk,
tanpa diri awk........ Mohd Mazury.....


Diri ini setia menanti awk sayang~....kerana awk insan yg sgttttt sy cintai....~



Sunday, May 10, 2009

Terharu (Part Akhir)

ingat lagi x korang entry aku yg dulu.. Terharu (Part 1)
so aku nak sambung balik citer tue....
sila la hayati yer...huk huk huk...

******


ermm..
hati ini ingin sj untuk mengetahui
sama ada..
"sudikah 'DIA' menerima aku nie"
mm..masih lagi aku tidak tahu
jawapan nya.
tapi setelah aku baca entry yang diBuat oleh
Mr.Shahri
apa yang dia bagi tau semua benar..
entry yang dia buat
menaikan semangat Cinta aku pada 'DIA'
TQ to Mr.Shahri







baiklah ber balik pada cerita aku...
Pada tarikh 02.05.2009...
tarikh tue tak der yang istimewanya..
tapi aku rs sangat terharu.
pada hari itu rakan sekelas 'DIA'
telah mengakhiri zaman bujangnya pada hari itu..
'DIA' mengajak aku pergi kesana.
semasa diSana rata2 kwn 'DIA' bertanya
Siapakah aku..
maklumlah aku bukan nya belaja satu tempat
dengan 'DIA'..
kami mengenali antara satu sama lain pun
melalui mlRc..(zaman remaja dulu mlRc sgt Fames..hehe)
so kawan2 'DIA' tanya sapa aku..
dalam kotak fikiran aku mesti 'DIA' akan
cakap "erm..awek..makwe..ntah2
just cakap kawan kot..."
tergamam aku bila 'DIA' mengatakan...
"Bakal isteri........"
"argh....betul ker nie..??ish serius ker bie nie...
i'm ur future wife..?" bentak hati ku..
aku rasa bagaikan mimpi.
Selama nie 'DIA' x pernah cakap apa2..
said "I LOVE U.." erm...pun jarang,
tapi aku tau 'DIA' mencintai aku..
tapi aku x sangka 'DIA' akan cakap cam tu..
balik dari Majlis kawan 'DIA'..
kami chat menggunakan Skype.
dan aku meluahkan isi hati aku..
aku bagi tau yang aku betul2 terkejut.
ntah mcm mane tiba2 aku terasa
terSentuh sgt...
bercucuran la air mata aku...
aku mmg mudah menangis.
tapi kali ini sgt terHARU..
dan ketika ini aku berfikir sejenak,
biarlah kami x kawin lagi..
at least aku tau dia anggap aku
lebih dari seorang kekasih..
biarlah ALLAH yang tentukan segalanya..
aku hanya mampu berDoa pada Illahi.
Moga percepatkan Jodoh kami..
kerana aku mahu memiliki diri dia dengan 'SAH

tengah dok berjiwang2 nie..aku nak ucapkan Terima Kasih kat korang
sebabnya korang Doakan Kebahagian untuk aku & 'DIA'
Hanya Allah sahaja yang dapat Balas Jasa Baik
korang SEMUA...!!

mood::writing:

Tuesday, May 5, 2009

Terharu (Part 1)

bile dah jauh dari 'DIA' terasa kerinduan pada 'DIA'..
bile makin dekat rasa mahu memiliki diri 'DIA'
kadang-kadang aku rasa mahu mempercepatkan masa..
sehingga aku rasakan bile 'DIA' akan meluahkan isi hati
'DIA' maksud aku memperisterikan aku..
Ya aku akui aku masih muda,
Ya aku juga akui yang aku masih
belum membalas jasa keDua orang Tua ku..
'DIA' juga masih banyak Tanggung Jawabnya pada family 'DIA'
Tapi....aku juga manusia biasa...
aku juga perlukan 'DIA'.
hati aku meronta - ronta
mahu 'DIA' sentiasa dekat diSisiku..
Tapi....diSebabkan batasan yang di Guide Line olehNya..
aku menjauhkan diri ku dari 'DIA'.
aku hanya berHubung dengan 'DIA' melalui SMS..
kami jarang Call soalnya nak berJimat la...heee

aku sebenarnya kurang gemar menguna SMS nie
sbbnya kadang2 aku tersalah baca nada.
kadang2 aku ingat dia marah tapi tak..
pun juga sebaliknya,
kadang2 'DIA' ingat aku marah..
oh tidak...
dan bila aku dekat dengan 'DIA'
x pernah pun di buat masalah dengan ku..
dan kadang2 aku rasa teringin sgt menjadi
miliknya sepenuh hati..
dan kadang2 aku juga terpikir,
layak kah aku untuk 'DIA'..??
sudikah 'DIA' terima aku..??

"Oh..TUHAN..ku mencintai 'DIA.."





"kisah ku ini akan bersambung........"

mood::crab1:

Sunday, May 3, 2009

oh LELAKI...!!

wahai wanita2 seantero DUNIA...
yeah mari2 kite lihat personality lelaki....
oh lelaki ku...mmm cam ner ngan pesonality 'DIA'..cewah...
huhuhu...tapi bagi orang yang berCinta x kisah la yang
bawah nie betul atau tidak.
yang penting kita haruslah BAHAGIA gitu.....
wah...suka mokcik bile hubungan sgt Bahagia..
okey la..mokcik mls nk membebel..
kamu semua sila la baca yer...
Lelaki oh Lelaki...

Aries (21 Mac - 20 April)

Orang Nya: Anak mak! Smart mamat. Intelligent (boleh la….)

Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya.

WARNING: Jika anda betol anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan diworkshop baru baik.

Leo (24 Julai - 23 Ogos)

Orang nya: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang-kadang je ego). Pandai berkata-kata.

Tips utk memikat: Sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.

WARNING: Jangan.. saya ulangi.. JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.

Virgo (24 Ogos - 23 September)

Orang nya: Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng’eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.

Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jangan banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng’eng.. kuat merajuk)

WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang ter “over welming”.. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

Libra ( 24 September - 23 Oktober)

Orang nya: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan `last minute`. Seringkala kontrol diri depan perempuan.

Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky.. SO be urself.

WARNING: So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.

Scorpio ( 24 Oktober - 23 November)

Orang nya: Action serius, mudah cemburu, mood swing..

Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dengan orang lain.

WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio…(jangan kata tak kasi warning)

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)

Orang nya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)

Tips utk memikat: Jangan pulak anda pun nak step kaya… nanti habis duit dikebas.

WARNING: TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi…

Sagitarius ( 23 November - 21 December)

Orang nya: Fu.. yoh.. siapa dapat memang untung… Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan.. Sort of adventurous.

Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosan kan…

WARNING: Jangan “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’.

Capricon ( 22 December - 20 Januari)

Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda.

Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal

WARNING: Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti…

Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)

Orang Nya: Pijak semut tak mati… Suka yang cantik dan menarik perhatian.

Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you.

WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu

Pisces (20 Februari - 20 Mac)

Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan. walaupon tak hensem..

Tips utk memikat: Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila.

WARNING: Mungkin bakal jadi playboya.

Taurus (21 April - 21 Mei)

Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri. Suka Bantu orang lain.

Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real you…

WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang… kesian takde orang lain layan…

Gemini (22 Mei - 21 Jun)

Orang nya: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasan nya

Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.

WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer…..

mood::crab1:

Wednesday, April 29, 2009

Selamat Hari Lahir...Umi....

:mercun1:inilah insan yang sangat istimewa dlm hidup sy........:mercun2:
Selamat Hari Lahir Umi......
yeah....sayang umi angah nie.....
hihihi...sowi lambat wish.....
tadi angah call rumah tapi x der sapa
yg angkat....
so angah decide nk wish kt dlm
blog angah sj....
x wat entry sedih2 la.....

angah doakan umi;
-->Semoga diberi kesihatan yang
baik di sepanjang hayat umi....
-->Semoga dimurahkan rezeki....
-->Semoga kita jd Family yg Bahagia baik
di Dunia mahupun di Akhirat KELAK.....

Ayah,Kakak,Angah,Alang,Adik & Mamat...
Sayang UMI.......


Send this eCard !
"umi, click this picture.."
:nyanyi:"sape2 nk wish birthday utk umi sy silakan lah yer....
sila2 jangan malu2.....heeeee..."


mood::crab1:

Wednesday, April 22, 2009

Senarai Hadiah yang kita TERLUPA beri pada KEKASIH..!!

10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan
kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~
ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara,anak dan sebagainya...


Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita:

1. Hadiah Mendengar:
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu
hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan.
Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan
jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih:
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan
ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini
tunjukkan kasih dan
sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota:
Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu
yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota
ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa:
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar
kartun atau artikel. Mesejnya ialah,
“Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian:
Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak”
atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi
kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan:
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian:
Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat
itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan:
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria
apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah:
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.
Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa:
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi
dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

'DIA' selalu beri saya Hadiah yang sgt Cute.....
Tapi ada DUA hadiah yang saya suka sampai hari ini..
C.I.N.T.A & S.A.Y.A.N.G
kepada Saya...
Hadiah yang tidak terNilai harganya.......
mood::crab1:

Tuesday, April 21, 2009

para Lelaki nak tau rahsia Mengenali wanita..??

ops.... saba dlu jp lagi baru baca Entry nie...
nk kasi tunjuk korang pic saya yang x penah upDate lg....time nie konon nyer nk tengok KL gelap sbb Earth Hour...
sekali x dapat da...sbb jalan jeeemmm teruk kat area Ampang...


ok balik kepada tajuk kita yang utama...so para peria sedunia sila la bc yer..
ponek den taip ha.....hehehe....

Rahsia Mengenali Wanita Dari Cara Berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah:
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri:
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk:
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan:
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri:
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak:
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah:
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Tuan Punya Blog: tak kira cara jalan macam mane yang penting hati kita mesti ikhlas menCintai 'DIA'... gitu....

mood::bunny1:

Monday, April 20, 2009

Adakah Lelaki Cemburu...??

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.

mood::bunny1:

Tuesday, April 7, 2009

Selamat Hari Lahir to SAYA....

heeee.....rasanya tak terlewat untuk saya
mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR pada diri saya ini yang sama
date buzday ngan Ayah saya la....
hehe...maklum la busy la sejak akhir2 ini.....
hihihihihi.....
dan sekali lagi ingin saya ucapkan ribuan terima kasih..
pada kawan2 yg masih ingat buzday saya nie....
---------------------------------------------------------------------------------------------------
diKesempatan ini juga..ingin saya mengcapkan ribuan
TERIMA KASIH kepada 'DIA' kerana
Bertukus Lumus menCarikan CupCake utk saya....
terHaru saya....TQ sgt2 kat 'DIA'....
'DIA' mmg sgt baik..... I LOVE YOU...!!
wah...sgt tomey CupCake tue..
dan sgt Sedap..!!!

Hero & Heroin
For FILM...
( Mata Mu untuk SIAPA?)
Sebelum sesi penGambaran berlaku.....
antara pose yang Mantooopp..!!
cuba perhatikan betul2
apa yang dipaMerkan diGambar diBawah...??
owh... I LOVE YOU...


mood::bunny1:

Thursday, March 26, 2009

Bagaimana hidupku tanpa dia?

*Entry ini penah di post dulu.. tgh duk belek2 entry lama.2..tiba2 rs nk post lg entry ini..heeee
bunyinye bergini....:

Membuatkan aku terfikir sejenak
mengenai 'DIA'..bagaimana hidup aku tanpa 'DIA'...
boleh kah aku hidup tanpa 'DIA'?? hari2 aku tanpa 'DIA'
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tanpa 'DIA', ape yang akan berlaku pd aku?

Setiap pg 'DIA' akn sms aku menayakn kabar ku.
tanpa 'DIA' : tiadalah pertanyaan menayakn kabarku.

Setiap kali sms dgn 'DIA','DIA' akan mengakhiri dgn pkataan MUAH.
tanpa 'DIA' : tiadalah perkataan MUAH yang akan menemani hari2 ku lagi.

Setiap kali sebelum mimpi membuai tidur ku,'DIA' pasti mengucapkan 'Gud Nite' pd ku.
tanpa 'DIA' : tiadalah ucapan 'Gud Nite' utk membuai tidurku.

Setiap hari Jumaat & Sabtu, 'DIA' dan aku akan keluar bersama.
tanpa 'DIA' : tiadalah 'DIA' menemani aku keluar lg.

Setiap kali aku ingin kemana2, 'DIA' pasti akn menemani aku.
tanpa 'DIA' : aku pasti jalan keseorangan tanpa gelak tawa dia.

Setiap tgh & akhir bulan, 'DIA' akan support kewangan aku,mklumlah gaji ciput je.
tanpa 'DIA' : tiadalah tempat utk aku mengadu tntg mslah kewangan aku ini.

Setiap kali aku memarahi 'DIA', 'DIA' pasti bersabar dengan perangai ku.
tanpa 'DIA' : tiadalah 'DIA' mendengar bebelan ku.

Setiap kali aku mengalami masalah, pasti 'DIA' akan menemani aku dgn 'nasihat'.
tanpa 'DIA' : tiadalah nasihat yang akn aku terima.

Setiap kali pening ku mguasai pale ku ini, tntu dia akan memaksa ku mkn ubt n rehat n mkn.
tanpa 'DIA' : tiadalah orang yang akan menjaga diri ku lagi.

Setiap kali aku ingin membeli barang peribadiku n mkn, tntu 'DIA' yang akan belanja aku.
tanpa 'DIA' : tiadalah insan yang akan belanja aku.

Setiap kali aku alpa tentang makan dan kesihataan aku, 'DIA' yang mengingatkan aku.
tanpa 'DIA' : Siapa yang akan mengingatkn aku untuk makan dan kesihataan aku?

Setiap kali aku menangis rindukan 'DIA', pasti dia akan menenangkan aku.
tanpa 'DIA' : siapa yang akn tenangkn aku bile dia tidak lagi rindukan aku?

Setiap kali aku mengatakan ku mencintai 'DIA', pasti dia akan mengata yg 'DIA' juga mencintaiku.
tanpa 'DIA' : siapa yang akn memujukku bila 'DIA' tidak lagi mencintai aku?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(gambar dolo2)
untuk 'DIA' :
awk terlalu sbr dgn perangai sy yg 'gile' nie.
awk terlalu jg perasaan sy.
awk terlalu hormat umi & ayah sy.
awk terlalu jg kesihatan sy.
awk terlalu marah sy ble sy x wat perangai pn.
awk terlalu inginkn sy gembira.
awk terlalu baik dengan sy.
Kenapa....????
tp....
sy tau sy mgkin bkn yg terbaik utk awk.
tp sy sgt bersyukur kerna berpeluang memiliki cinta awk.
nk diIkutkan banyak awk korbankn utk sy...
tiada kata2 yg dapat sy katakn..
tp sy hanya tau mengenai ini;

Pertama: sy mencintai awk..
Kedua: sy mencintai awk..
ketiga: sy mencintai awk..hingga nafas sy yg terAkhir diDunia ini.

dan sy x biasa hidup :
tanpa cinta awk,
tanpa sayg awk,
tanpa diri awk........ Mohd Mazury.....


Related Posts with Thumbnails

Labels

My Blog List

 

--{♥Myra's Touch up♥}-- Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez